SELAMAT DATANG

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
GERBANG INTERAKSI MAYA

18 Mac 2011

Karya kreatif- anugerah atau boleh diasah?

Salam ilmu

Sebut saja S. Samad Said, Keris Mas dan Ahadiat Akashah sudah terbayang di minda karya-karya kreatif hasil garapan penulis-penulis ini.

Individu bohemian ini memang cukup kaya dengan idea-idea segar dalam karya-karya mereka.

Persoalannya adakah mereka ini memang sudah berbakat atau belajar untuk menjadi penulis?

Keluh kesah dan merungut apabila pelajar Pengantar Penulisa disuruh menulis sebuah karya penulisan kreatif.. mampukah mereka ini menulis dan menghasilkan karya?

Saya yakin setiap daripada pelajar saya mempunyai bakat yang perlu diasah sahaja.
Beberapa orang pelajar sudah menunjukkan bakat mereka yang terpendam dalam penulisan karya-karya di dalam blog.
Pesan saya teruskan berkarya..
Di sini saya paparkan juga contoh penulisan kreatif pelajar semester lepas

27 Februari 2011

Kekhilafan berbahasa.. wajarkah dibiarkan berlaku?



Salam ilmu di bumi Sintok..

Kita harus menginsafi bahawa bahasa Melayu itu adalah milik bangsa Malaysia..

Namun, sering kali kita melihat di papan-papan iklan terdapat kekhilafan dalam penggunaan bahasa.



Perlukah kita membutakan mata atas kesalahan yang berlaku atau membetulkan kesalahan tersebut?

Kita juga sering melakukan kekhilafan berbahasa tanpa kita sedari.

Oleh itu, sebagai pengguna bahasa adalah relevan bagi kita menuntut ilmu kebahasaan yang jitu agar kekhilafan semasa menulis atau bertutur tidak lagi berlaku.