SELAMAT DATANG

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
GERBANG INTERAKSI MAYA

27 Februari 2011

Kekhilafan berbahasa.. wajarkah dibiarkan berlaku?



Salam ilmu di bumi Sintok..

Kita harus menginsafi bahawa bahasa Melayu itu adalah milik bangsa Malaysia..

Namun, sering kali kita melihat di papan-papan iklan terdapat kekhilafan dalam penggunaan bahasa.



Perlukah kita membutakan mata atas kesalahan yang berlaku atau membetulkan kesalahan tersebut?

Kita juga sering melakukan kekhilafan berbahasa tanpa kita sedari.

Oleh itu, sebagai pengguna bahasa adalah relevan bagi kita menuntut ilmu kebahasaan yang jitu agar kekhilafan semasa menulis atau bertutur tidak lagi berlaku.

6 ulasan:

  1. Setuju dengan apa yang cikgu tulis. Pada pendapat saya, setinggi mana kita belajar, sejauh mana kita merantau, bahasa Melayu tidak boleh dilupakan dan perlu kita baiki dari segi penggunannya setiap masa.

    BalasPadam
  2. Bahasa melayu adalah milik bangsa malaysia.. Saya juga sangat bersetuju dengan apa yang cikgu tulis. Pada pendapat saya, kekhilafan dalam berbahasa tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Pengorbanan nenek moyang kita dalam memperjuangkan bahasa Melayu perlu dipertahankan. Sebagai warga Malaysia yang berwawasan, adalah menjadi tanggunggjawab kita untuk bersama mempertahankan bahasa ibunda kita.

    BalasPadam
  3. Slm wbt

    Sama seperti rakan - rakan diatas saya juga bersetuju dengan apa yang cikgu utarakan. Apa yang saya lihat dan alami sendiri hampir 90% kita mengendahkan sahaja masalah - masalah di persekitaran kita menganai kesalahan papan - papan iklan. Sebagai rakyat Malaysia kita harus memartabatkan bahasa bangsa kita sendiri dan bukanya menjadi perosak kepada bahasa kita sehingga bangsa lain sendiri memandang rendah pada bahasa kita. Setiap individu perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini dan saya cadangkan agar pihak - pihak yang terlibat dalam syarikat percetakan atau pengiklanan hendaklah melantik pakar bahasa dalam syarikat mereka bagi memastikan bahasa malaysia yang digunakan ditapis terlebih dahulu sebelum di paparkan.

    BalasPadam
  4. Salam satu MALAYSIA~
    Bahasa melayu merupakan kebangsaan kita.Saya turut setuju dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu.Sebagai seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan kita seharusnya peka untuk membetulkan kesalahan tatabahasa yang berlaku di depan mata kita.Tanpa kita yang mempunyai ilmu walaupun sedikit siapa lagi yang boleh memikul tanggungjawab ini untuk terus memelihara keistimewaan dan kesantunan berbahasa dalam bahasa melayu.

    BalasPadam
  5. Saya menyokong! Kalau bukan kita yang mempertahankan Bahasa Melayu. Siapa lagi?

    BalasPadam
  6. Saya setuju dengan pandangan cikgu.. Pada pendapat saya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memartabatkan lagi Bahasa Melayu.. Kekhilafan dalam penggunaan Bahasa Melayu di papan-papan iklan tidak boleh dibiarkan begitu saja. Ini kerana bahasa merupakan lambang identiti sesuatu bangsa. kekhilafan penggunaan Bahasa Melayu di papan-papan iklan umpama merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, sekiranya kita membiarkan sahaja bahasa kita ini dirosakkan ia umpama kita menjatuhkan serta merosakkan bangsa kita sendiri.

    -Bahasa Jiwa Bangsa- :)

    BalasPadam