SELAMAT DATANG

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
GERBANG INTERAKSI MAYA

18 Mac 2011

Karya kreatif- anugerah atau boleh diasah?

Salam ilmu

Sebut saja S. Samad Said, Keris Mas dan Ahadiat Akashah sudah terbayang di minda karya-karya kreatif hasil garapan penulis-penulis ini.

Individu bohemian ini memang cukup kaya dengan idea-idea segar dalam karya-karya mereka.

Persoalannya adakah mereka ini memang sudah berbakat atau belajar untuk menjadi penulis?

Keluh kesah dan merungut apabila pelajar Pengantar Penulisa disuruh menulis sebuah karya penulisan kreatif.. mampukah mereka ini menulis dan menghasilkan karya?

Saya yakin setiap daripada pelajar saya mempunyai bakat yang perlu diasah sahaja.
Beberapa orang pelajar sudah menunjukkan bakat mereka yang terpendam dalam penulisan karya-karya di dalam blog.
Pesan saya teruskan berkarya..
Di sini saya paparkan juga contoh penulisan kreatif pelajar semester lepas

5 ulasan:

  1. Slm

    Setiap individu lahir dengan bakat masing - masing, dengan bakat yang sedia ada insyAllah sesuatu hasil karya kreatif yang menarik pasti tercipta.

    BalasPadam
  2. salam,bakat itu kurnia Ilahi.Sangat istimewa sekiranya seseorang itu mempunyai bakat dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif.Setiap idea yang dikeluarkan semuanya adalah kreatif.

    BalasPadam
  3. Salam 1 Malaysia, setiap insan mempunyai bakat yang berbeza, tindakan lanjut adalah usaha dalam menjadikan bakat tersebut sebagai satu perkara yang mampu membuahkan hasil. Bak kata pepatah "Belakang parang diasah lagikan tajam".

    BalasPadam
  4. salam, Setiap individu dilahirkan mempunyai bakat yang tersendiri dalam apa - apa jua bidang. Namun begitu, bakat boleh digilap apabila timbulnya minat dalam sesuatu aspek.
    Pada pendapat saya, penghasilan karya penulisan kreatif yang diberikan sebagai tugasan, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menghasilkan penulisan kreatif yang baik. Sebagai contoh, pelajar akan cuba menghasilkan karya kreatif dengan hasil tangan mereka sendiri. Justeru, ini dapat membantu pelajar dalam memperbaiki dan mengetahui bagaimana ingin menghasilkan penulisan kreatif.

    BalasPadam
  5. Salam. Bagi saya setiap individu mempunyai bakat masing-masing cuma perlu digilap dan dikembangkan. Penulis-penulis terkemuka di Malaysia bermula dari bawah sebelum mereka menjadi masyhur melalui karya kreatif mereka. Malah para pelajar yang ada sekarang jika mereka diberikan landasan yang betul, mereka juga boleh menjadi seperti penulis-penulis terkenal sekarang tetapi apa yang penting bagi saya seseorang individu itu haruslah mempunyai minat terhadap penulisan

    BalasPadam